Skip to main content

Pada 31 Disember 2015 berlangsungnya majlis penyerahan kunci dari pihak kami, Idaga Bina Sdn Bhd kepada pihak Jabatan Perdana Menteri.

Majlis yang dihadiri lebih kurang 30 orang ini diadakan di Lokasi Tapak Pusara Negara yang terletak di Presint 20, Wilayah Persekutuan Putrajaya. Turut menghadiri majlis ini adalah Y.Bhg. Datuk Seri Othman Bin Haji Mahmood, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri dan Y.Bhg Datuk Seri Haji Hasim Bin Haji Ismail, Presiden Perbadanan Putrajaya.

Majlis ini adalah sebagai simbol penyerahan bangunan kepada klien kami, Jabatan Perdana Menteri selepas bangunan ini siap sepenuhnya pada 9 Disember 2015 yang lalu.

Projek menyiapkan bangunan ini mengambil masa selama 2 tahun 9 bulan di mana terdiri daripada 4 blok (2 blok bangunan Muslim & 2 blok bangunan Non Muslim).

Bangunan yang diberi nama Pusara Negara ini adalah bertujuan untuk majlis memperingati tokoh-tokoh negara yang sudah meninggal dunia.

Ini adalah satu lagi kejayaan syarikat Idaga Bina Sdn Bhd di dalam menyiapkan projek kerajaan yang diberi.